.

In-complete


[kredit pada inche dongsaeng]



kadang aku terfikir juga,
kenapa aku tak pernah mahu ajak orang berubah.

dalam aku melakukan solat dhuha,
aku tak ajak orang lain solat dhuha.

ketika aku menjaga pergaulan antara opposite gender,
aku tak pula ajak orang lain melakukan perkara yang sama.

di saat rakan-rakan aku riang berdakwah,
aku di sini hanya senyum melihat namun
tidak ada rasa untuk ikut bersama.

banyak perkara lagi yang aku lakukan,
tapi aku belum rasa untuk ajak orang lain lakukan bersama.

jangan salah anggap,
ini bukan soal ego.

kadang aku rasa macam belum sempurna di mana mana,
tapi di mana? aku pun tak tahu.



***


dua hari lepas aku contact murobbi aku,
dengan harapan aku akan dapat jawapan daripada
segala kekeliruan aku di atas tadi.


" anta rasa , kenapa anta rasa semua tu? "


" ana tak ada sense of dakwah kot?
atau mungkin ana memang ditakdirkan untuk ditarbiah,
tapi bukan untuk mentarbiah. "


" heh , jangan cakap centu.amar makruf ni kan wajib untuk semua orang,
jadi semua orang mestilah ada sense of dakwah tu.
ye dak? "



***

hari berlalu.
aku masih belum dapat jawapan.

murobbi aku kata,
aku akan dapat jawapan lepas aku scroll profile instagram aku.

oh ya sebelum tu,
aku nak bagitahu kepada yang tak tahu.

sejak kebelakangan ni aku ada banyak share video
dalam insta aku - video-video lagu yang aku kategorikan
sebagai nasyid atau lagu yang tak lagha.

melainkan kalau korang play banyak kali
sampai lambatkan solat,secara tak langsung
nasyid tu jadi lagha lah haha ok hambar di situ.


***


lepas 3 hari,aku contact kawan baik aku pula.
dia ada di kampung,kebetulan masa aku call,dia dapat line.

Allah permudahkan,
alhamdulillah.

aku ajukan soalan sama pada dia.


" murobbi aku kata jawapannya ada dalam insta aku,
tapi aku belum dapat jawapan sampai hari ni "


" jap,  bagi aku masa scroll insta kau,
pape nanti aku mesej k? nenek aku panggil kejap.

Assalamualaykum. "


malam tu lepas solat isya',
ada satu mesej masuk inbox.

mesej yang aku tunggu dari petang.


- - - - -


Salam'alayk.Sori lambat tadi aku tolong nenek aku buat ketupat.
Tapi papepun aku tak lupa nak mesej kau.Alhamdulillah.

Nah,dengar sini aku dah dapat jawapan.
(Lama jugak aku scroll insta kau huhu -,- )

Sebelum tu aku nak tanya,kau ingat tak dulu aku penah tanya,
kenapa kau selalu upload video nasyid dalam insta kau?

Kau jawab,sebab kau rasa lagu-lagu tu sedap dan best.
So kau pun upload dalam insta,supaya orang lain pun dengar,
dengan harapan diaorang pun suka lagu tu dan download.

(kuat kan ingatan aku? hiks)


- - - - -


aku ketawa sebentar sambil menunggu
mesej kedua untuk masuk.

5 minit kemudian,sampai.
tapi kali ini bukan mesej,tapi voice mesej.


- - - - - 




" Lepas kau baca mesej pertama aku,aku yakin kau dah 
dapat clue sikit daripada soalan yang kau tanya petang tadi.

Bagi aku,kau belum rasa untuk ajak orang berdakwah,
jaga ikhtilat atau berubah adalah disebabkan kau belum rasa
kemanisan buat semua tu.

kau belum rasa nikmat,kau belum rasa seronok.

Macam lagu tadi lah.Kau sebarkan lagu tu sebab kau rasa
lagu tu best dan nak orang dengar.Kalau boleh nak seantero
dunia dengar lagu tu.

Macam tu jugak dalam soal tadi.

Bila kau dapat rasa nikmatnya berubah dari jahiliyyah,
nikmatnya bangun solat malam,atau nikmatnya berdakwah,
kau akan mula mengorak langkah untuk ajak orang lain 
buat benda sama,inshaAllah.

Mungkin kau belum rasa manis dan nikmat buat semua tu,
sebab tu kau tak rasa nak ajak orang lain buat benda sama.

Bila kau rasa bahagia berubah dari jahiliyyah misalnya,
kau akan pastikan yang orang lain pun mesti berubah 
dari jahiliyyah.

sebab apa?
sebab kau tahu berubah dari jahiliyah ni seronok,bahagia.
dan kau rasa tak cukup kalau kau sorang je yang 
menikmati kebahagiaan tu.

begitu juga dengan dakwah,menjaga ikhtilat
dan sebagainya. "



- - - - - 


voice mesej berhenti di situ.
tiba-tiba,masuk voice mesej kedua.


- - - - -



" perlu dimuhasabah juga.kadang orang yang ajak buat baik ni
dia rasa kosong,rasa macam ada tak kena.

atau mungkin masa dia ajak orang puasa sunat,
dia tak rasa nikmat atau bahagia.

itu boleh jadi juga bila dia sendiri tak nikmati
dan belum menghayati sedalam-dalamnya tentang
puasa sunat itu sendiri. "



- - - - -


henfon aku di-off.

aku baring tutup muka sambil memikirkan,
apa yang dikatakan kawan aku tadi ada benarnya.

mungkin hingga hari ini aku belum ajak orang baca qur'an
adalah kerana aku belum rasa betapa tenangnya jiwa 
lepas baca ayat-ayat chenta dari Tuhan itu.

benarlah mungkin,

aku belum hayati dan merasai kemanisan melakukan
semua perkara tersebut.

jadi apa tindakan aku lepasni?
berhenti buang masa dan mula terokai
dan cari nikmat dan kebahagiaan melakukan kebaikan.

mendoakan agar suatu hari nanti,
aku akan jadi seorang yang tegar dalam
mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

amar makruf wa nahi munkar,
di samping rasa bahagia.


- - - - -


kadang kita pernah terlihat orang sibuk 
mengajak kita masuk ke Syurga.

itu adalah kerana,dia sangat yakin dengan 
keindahan dan kebahagiaan yang bakal dialami 
di alam Sana,walau tak pernah menjadi ahlinya sekalipun.

maka dengan itu,dia ajak kita bersama.
kerana dia tak mahu sorang sorang di syurga.



bukankah kebahagiaan itu perlu dikongsi?

:)




2 comments: